Tuesday, May 4, 2010

almaraz sambal ikan bilis rangup

Ni fav mommy & my hb. resipinya & memasaknya amat mudah. Anak2 tak brp makan sbb mgkn pedas and nothing interesting bahannya tu kot. Tp, dah nama org melayu tuu..mmmm...ikan bilis tetap idaman perut heheh.. Jom menumissssssss....!

almaraz sambal ikan bilis rangup

Bhn2:
1/2 cwn ikan bilis (rendam dan bersihkan)
1 sdb serbuk cili/cili kisar (tmbh jika nk lebih pedas)
1 bj kentang besar (potong wedges dan kerat kecil2 & gaul dgn sdikit garam)
*4 ulas bawang merah
*1 cm belacan
*tumbuk kedua2 ni, tak perlu terlalu lumat
sedikit air
garam & gula secukup rasa
minyak masak secukupnya

Cara2:
  1. Panaskan minyak dlm kuali (cukup utk menggoreng kentang). Goreng kentang hgga masak dan angkat.
  2. dalam kuali yg sama, goreng ikan bilis smpai ia rangup dan angkat.
  3. dalam kuali yg sama juga, tumis bhn2 tumbuk (api sederhana). Bila naik bau masukkan serbuk cili/cili kisar, kacau2 dan masukkan air sket. perisakan dgn garam & gula. masak biar smpai naik minyak.
  4. Bila bhn tumis dah cukup masak, kecilkn api sket lg & masukkan kedua2 kentang & ikan bilis goreng tadi, gaul sebati & terus tutup api. 
  5. Angkat dan hidangkan lah...kerangupan ikan bilis akan berpanjangan & sedaaaaappppp gitu!

No comments:

Post a Comment