Saturday, May 22, 2010

Choc mud cake for my 4th pearl

Mommy tak brp larat sgt nk sambut bday my pearl yg ke-empat tu tp dia dh bising2 nk birthday cake. Mommy cadang nk poolkn bday dia ngan his 1st & 5th siblings tp cam xsabar2 lg dah. Sudahnya, wat jugak la kek.

But this one is very simple cake...choc mud cake with ganache. Mommy deco guna ganache aje (sejukkan jap dlm peti, bg ia keras sket) so baru la leh pipe kan. 
Kek ni hayatnye tahan 2 hari aje. Disapu bersih dek kakaknye, his 3rd sibling, wat lunchbox kt school, pakat makan ngan kwn2 mmm....


Mommy just guna start nozzle tuk tulis nama nya....
leh baca ke...?

Ni ada request nak resipi kek ni...nak buat choc mud cake tak ler secerewet mana, sesapa pun leh try buat.....very simple.


Chocolate Mud Cake

Bhn2:
(utk 24cm loyang)
Bhn A:
250g unsalted butter
150g dark chocolate (sagat)
1 1/2 cwn gula (kurangkan sket kalo xnak manis) atau gantikan dgn gula perang
1 1/3 cawan air panas
1sdb serbuk coffee segera


Bhn B:
1 1/2 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung naik sendiri
1/4 cwn serbuk koko


2 biji telur (pukul tapi jangan terlalu lama)


Cara:
1. Dengan guna teknik double boiling, masakkan kesemua bhn A. Pada yg kurang faham double-boil, maksudnya panaskan atas api sederhana satu periuk berisi air kemudian letakkan satu mangkuk kaca (tahan panas) atas periuk tu (pastikan air yg mendidih tak kena pd bhg bwh mangkuk). Then masukkan bhn2 td ke dalam mangkuk tu & kacau2 smpai adunan sebati. Bila dh sebati tutup api dan ketepikan adunan sampai ia suam2 kuku.


2. Ayak bersama bahan2 B. Kemudian kaup-balik adunan bhn2 B ke dalam adunan bhn2 A td berserta dgn telur. Kaup-balik sampai adunan rata.


3. Lengserkan loyang kek (alas jika perlu) dan tuangkan adunan kek ke dalam loyang.


4. Bakar dalam preheated oven dlm lebih kurang 175-180C, shgga bila dicucuk dgn cake tester/skewer, tiada adunan yg melekat...dalam tak sampai 1 jam.


5. Sejukkan dahulu sebelum dipindahkan ke atas papan kek.


Untuk ganache tu, mommy just guna dark choc (patah2kn) and cream. Panaskan cream & dah mendidih terus campurkan ke dalam bekas berisi kepingan choc td. Kacau smpai sebati. Biarkan sekejap sebelum guna. Lagi lama dibiarkan, lg ia tmbh pekat & keras so boleh piping. Yg bestnye wat ganache ni, dia leh dibuat sbg glaze, boleh jd topping, dan boleh juga di-pipekan tuk mendeko cake/cup cake.

No comments:

Post a Comment