Sunday, June 13, 2010

Hidden blueberry cheesecake

Hari Ahad ni mommy cam biasa lah ngan tugas2an ke-dapur-an yg tak sudah2. Sbelum start masak lunch td, mommy sempat wat cheesecake ni. Main intention sbb nk perabiskan stok phili cheese yg hampir2 expire. Daripada terbuanggggg xtentu pasal & membazir, baik wat kek.

Resipi ni dlm simpanan mommy..tak ingat sumbernye dari mana. Quite simple & tak tideous nak membuatnye. Lagi satu yg bestnye ada kelainan sbb dia ada sorok2 la plak blueberry kt dalamnye tu hehehe.

Let's bakingggggg...........

Hidden Blueberry Cheesecake

Bahan:
250g phili creamcheese
150g mentega
3/4 cwn gula icing
3bj telur
1/2 sdt esen vanila
*1 3/4 cwn tepung gandum
*1 sdt baking powder
*1/2 sdt soda bikarbonat
(* semua bhn2 ni diayak bersama)
1/4 cwn susu segar
6-8 sdb blueberry for filling (mommy beli siap yg kt dlm tin tu)

Cara:
1. Satukan mentega & creamcheese dalam satu bekas dan pukul (guna mixer) hingga rata. kemudian tmbhkan gula icing dan terus pukul hingga adunan jadi putih.
2. Tmbh telur satu per satu, dgn kelajuan tinggi mixer...selang setiap sebiji telur tu dalam 1 minit gitu. Selesai dgn semua telur then tmbh esen vanila.Pukul rata.
3. Dengan mixer kelajuan sederhana, selang seli masukkan campuran tepung dan susu segar (each 3 times)..pukul hingga sebati.
4. Alaskan loyang kek dengan baking paper (mommy alas yg bwh je).




 5. Ambil dalam 3/4 adunan kek dan masukkan ke dalam loyang.







 6. Kemudian ambil dalam 3-4 sdb blueberry filling dan sapu rata atas lapisan adunan kek td. Kemudian tutup dengan selapis lg adunan kek. Then sapu rata lgi 3-4 sdb bluberry filling dan akhir sekali tutup dgn adunan kek. Siap dan sedia untuk dibakar pada 175C dalam 30-40min atau hgga kek masak.



 7. Ni kek yg dah siap masak. Harum baunye usah cakap lah...sampai 5 anak mommy yg dr mula2 mommy start wat kek ni buat xheran sbb ngadap tv mmm...tiba2 smuanye ke dapur ngadap oven lak :)




 Ni ler Hidden Blueberry Cheesecake mommy...
 sempat2 je kek ditransferkan ke dlm pinggan, my kids trus je ngap...sudahnya tak smpai 1/2 jam, tggl separuh jerk. Alhamdulillah...rezeki makan kan, janji perabiskan & tak membazir.

No comments:

Post a Comment