Thursday, December 30, 2010

Almaraz Broccoli Pedas Berkrim

Sayur broccoli dikatakan mampu melawan kanser. Mommy kebetulan mmg penggemar setia broc nih..wat ulam (blanch/steam kan jerk) then makan camtu atau cicah ngan sambal pun, jadikkk...
Hari ni mommy nak sediakan masakan berasaskan broc yg sesuai utk lunch or dinner.

Moh ler kiter ke dapur...

Almaraz Broccoli Pedas Berkrim


Broccoli secukupnya, potong2 bleh dpt cam semangkuk kecil gitu
*100g daging ayam cincang
*1/2 (setengah) sdt lada sulah
*nota: gaul rata kedua2nya

2 ulas bwg kecil - cincang halus
5-7 sdb krim/susu
1 sdt serbuk lada hitam
bbrp tangkai (yg kecik2) daun rosemary
1 bj cili merah - hiris bulat2
sedikit garam
1/2 sdb olive oil

Cara:
1. Panaskan olive oil dlm non-stick fry pan, saute-kan bwg putih kemudian masukkan daging ayam cincang. Kacau2 smbil ketuk2 sket (bg daging jd kecil2) smpai daging jd pucat. Pastu masukkan susu & daun rosemary.

Pd yg xbrp kenai, haa ni gambo daun rosemary. Tuk masakan ni, ambik (atau cabut ler) bbrp tangkai (yg ada serumpun daun2) dr stem tuh.  Bau daun ni, kalau dlm masakan mmg sedapppp...penambah selera jadinye.




2. Kacau2 lg smpai mendidih then masukkan broccoli, cili merah & garam. Kacau2 serta taburkan serbuk lada sulah. Dlm 1 min broc dh kire masak dh tu then angkat. Siap.

No comments:

Post a Comment