Monday, January 3, 2011

Sup tulang

Haru ni mommy nak beralih lak pada masakan sup. Mommy nk share sup cara mommy masak. Mgkn sama dgn sesetengah orang kan, mgkn gak tak sama. Bagi yg tak sama tu, apa kata cuba2 cari resipi yg berlainan...kut2 kene dgn anak tekak, mana tau kan...

Sup ni ni kire all time fav for my family. Kalau makan nasi dgn kuah sup pun kire dh okeh. Lagi satu, juadah sup tulang ni fav my darling esp dalam bulan puasa.

Pe tggu lagi, jommmmmmmmm masak sup!

Almaraz Sup Tulang

Bhn:
1/2 kilo tulang lembu
2 kpg asam jawa
1 sdt biji lada hitam (lebih kurang je ni)
4 -5 ulas bwg putih
1 - 2inci halia

bhn2 lain (kombinasi "empat beradik"):
1 tangkai kulit kayu manis
3 ketul buah pelaga
3 ketul bga lawang
3 ketul bga cengkih

1/2 sdt jintan manis
1 bj bwg besar (hiris besar2)
air secukupnya
garam secukup rasa
daun sup & daun bwg secukupnya
1 bj jus limau nipis

1 bj bwg kecil - hiris nipis2 & goreng (tuk dijadikan bwg goreng, optional)
ubi kentang (optional)
tomato (optional)
cili api (optional)

Cara:
1. Setelah bersihkan tulang, rebuskan ia bersama2 dgn asam jawa, hingga hampir empuk. (Perlu guna periuk besar sket dgn air yg byk & tutup periuk masa masak).
2. Masukkan halia & bwg putih yg dititik (ni maknanya pecahkn guna pemegang pisau pun dh ok) beserta dgn kesemua rempah 4 beradik, lada hitam & jintan dan perisakn dengan garam. Biar ia mendidih sambil tutup periuk (kena tutup utk maintainkn aroma sup) hingga daging pd tulang betul2 lembut.
3.Kemudian masukkan hirisan bawang besar dan biarkan lagi dlm 1-3min gitu (pun sama, masa ni kene tutup periuk). Bila daging dh betul2 lembut, tutup api.
4. Setelah itu tutup api, buka penutup dn masukkan bwg goreng & tutup semula. Bila nak hidangkn, taburkan dgn daun bwg & bwg goreng, daun sup beserta perahan limau nipis.
*bwg goreng optional, sstgh org mgkn tak suka bwg goreng 
*kalau nak guna kentang, masukkan masa step no.2...but my hb kata better tak yah kentang sbb ia peneutral rasa sup tu...so, mommy tak guna kentang dlm sup tulang
*kalau nk guna tomato, masukkan masa step 3.
*bagi yg nakkan rasa pedas, boleh aje tmbhkan cili api masa step 3 tu.

No comments:

Post a Comment