Sunday, October 9, 2011

Sweet Dough

Entri kali ni mommy nk share-kan resipi sweet dough yg mmg terbukti menghasilkn pelbagai rolls & breads yg gebusss.

Bahan2:
250g susu penuh krim (timbang lg tepat berbanding guna sukatan ml)
60g unsalted butter
2bj telur (saiz A)
500g tepung roti
40g gula
10g garam
15g instant yeast

Cara dengan bread machine:
1. Letakkan semua bhn2 (ikut susunan) dan tekan setting untuk doh. Tggu 1jam 30min then doh siap diuli. Bwk keluar dr mesin kemudian tumbuk2 utk buang angin.
2. Bergantung kepada jenis rolls/bread yg nak dibuat....bentuk2 doh kepada bentuk bola, dan rehatkan dlm 10-15min. Lepas tu bolehlah dibentuk2kn doh ikut suka.

Cara dengan tangan:
1. Tuangkan susu ke dlm periuk dn panaskn ---- takat suam aje (ala2 suhu badan). Kalau guna microwave dlm 1 minit 30 saat gitu.
2. Dalam satu bekas besar, rub yeast dgn tepung guna jari shj - jdkan dia mcm crumbs. Rub pulak ngan butter then tmbhkan gula dan garam, kemudian telur dan susu td. Rub aje then pindahkan doh lembik tu ke atas meja yg dialas dgn tepung.
3. Start uli. Uli tu kene regangkan, lipatkan, buat bentuk bulat then regangkan, lipatkan & sterusnya smpai doh tak melekat di tangan. Bila dh tak melekat di tangan, buat bentuk bola besar & letakkan dlm satu bekas besar dan tutup bekas dgn tea towel (mommy biasa tutup dgn cling foil). Rehatkan doh ni kene di tempat bersuhu-bilik (kalau masa winter, mommy letak dlm almari). Rehatkn dlm 1jam atau hgga saiz doh naik sekali ganda dr yg asalnya.
4. Lepas tu bleh lar start buat rolls/bun.


Nota: Dough boleh disimpan dlm fridge (letak dlm bekas tertutup ketat). Bley simpan smpai 2wks tp dgn syarat kene "refresh"kn from time to time.

No comments:

Post a Comment