Thursday, November 24, 2011

Almaraz Apam Coklat

Resipi apam coklat ni mommy dapat dari bonda kt kampung. Dah byk kali apam berposing kt blog tp bila mommy selak2, xder la plak resipinya.
Kebetulan hari tu buat apam ni so, pe lagi, meh la tengok resipinya plak yerr....

Jom buat apam.........

Almaraz Apam Coklat

Bhn:
2cwn tepung gandum
3/4cwn gula
3/4cwn susu pekat
1cwn air
1cwn minyak
1sdt soda bikarbonat
2bj telur
3sdb serbuk koko

Cara:
1. Panaskan air dlm kukusan.
2. Masukkan kesemua bhn dlm satu mangkuk besar. Guna whisk, putarkan bhn2 hgga sebati dan tak berketul2. Adunan siap!
3. Masukkan ke dlm acuan apam (mommy just guna acuan silikon yg kecik2 tu) & kukus dlm 10-15min (ikut saiz acuan).
4. Siap kesemuanya then ready lah tuk makan :)

No comments:

Post a Comment