Sunday, November 13, 2011

Talam Suji

Tepung suji ada lagi kt rumah so pk pny pk, jadi ler talam suji ni. Resepi hasil koleksi mommy & sori sgt2 pd empunya resipi sbb tak ingat sapa lah yg punya. Anyway, kuih talam ni mmg sesuai sgt2 ler utk juadah minum pagi or petang...or anytime la kirenye..pe ke lagi kalo tak ngan kopi O or teh, tariksss; sure terangkat lah :)

Talam ni sgt simple membuatnye. Mommy wat sket je sbb yg boleh mknnya mommy & Arish; hat yg lain tu smua reject. So mommy just put the recipe according to my sukatan with some adjustment esp pd kemanisannya tu..nk kurangkn ler...

Jom buat talam....

Talam Suji

Bhn:
Lapis bawah (A):
3/4cwn tpg semolina (suji)
2cwn cream/coconut cream
1/2cwn gula (actually xsampai separuh sgt pun)
secubit garam & sedikit pewarna kuning

Lapis atas (B):
2cwn cream/coconut cream
1sdb tpg kastad
1/2cwn tpg gandum
1sdb gula
1/3cwn gula merah

Cara:
1. Panaskan kukusan; sediakan loyang 8x8in.
2. Dlm satu pot, campur & gaul sebati bhn2 A dan panaskan atas api yg perlahan. Sentiasa kacau smpai adunan pekat. Tutup api & tuangkan adunan ke dlm loyang. Kukus dlm 15-20min.
3. Bila dh 5min terakhir bhg bwh dlm kukusan, sediakan "kepala" laks. Dlm pot gak, campur & gaulkan kesemua bhn2 B, masak atas api kecil. Sentiasa kacau hgga pekat. Tutup api.
4. Bila 2. dh  ready, tuangkan 3 ke dlm loyang dan kukus lagi dlm another 20min ke..
5. Dh masak, sejukkan dulu talam then baru boleh potong & hidangkan.


2 comments:

  1. my fave ni,tapi anak2 tak suka tu yg pelan sikit nak buatnya

    ReplyDelete
  2. sama le kita, anak2 tak berapa suka gak kecuali khalish je (dia ni apa2 pun jadik hehehe)

    ReplyDelete