Friday, February 3, 2012

Red Curry Paste


Ini adalah cara2 utk sediakan red curry paste. Sukatan ni dpt dlm 1/2 cwn pes aje. Dh siap, simpan le dlm fridge (simpan dlm  bekas tertutup) - boleh la thn dlm 2-3mggu gitu...(kdg2 stretch gak ke sebulan muahahaha....).
Tp kalau simpan dlm freezer, 2bln lebih tahan, InsyaAllah...

Bilangan/sukatan sbg anggaran. Kalau nk pedas, adjust le kuantiti cili2 tu..

Bhn2:
7 tangkai cili kering, potong pendek2 & rendam dlm air panas, smpai lembut
5 bj cili api (cili kt sini mild sket so mommy  thn le gak pedasnya tu...kalau cili burung kt msia tu, minta mahap..1bj pun surrender!)
2 tangkai serai, hiris nipis2
1in lengkuas
5helai daun limau purut, hiris2 sket
5ulas bwg putih
4ulas bwg kecil, hiris2 sket
5btg akar cilantro (akar pokok ketumbar) - bhg bwh yg putih tu, hiris2 sket
2sdt belacan
1sdt ketumbar, sangaikan dulu

Cara:
1. Cara lama, renyah sket tp mgkn lebih sedap pd sstgh org: Guna lesung batu, tumbuk lumat ke semua bhn. Siap....atau,
2. Cara terkini: Blend semua bhn. Tmbh myk masak secukupnya (bkn air) utk memudahkan processing. Siap.

Kegunaan:
1. Utk masakan red curry.
2. Utk dijadikan pes tomyam pun boleh.
3. Utk pes masakan asam pedas.
4.....dan lain2 ikut kreativiti msg2........

No comments:

Post a Comment