Thursday, March 26, 2015

Burger Malaysia

Assalam & Good Day,

Weekend simple tea break!
Kuih burger malaysia ni yg makannya my darling and me only.
Bdk2 rumah ni, kalau disuruh makan, ckp tak mo --- burger australia depa nak lah..byk lerrr demandnye hmmm.....

Intinya pun adalah hasil saki baki sambal tumis nasi lemak, bbrp hari terperap dlm peti ais so mom buat aje burger malaysia. Burgernya tu mom refer to madam Yani of MyR...thank you laplap u sis Yani! :)

Untuk full recipe, pls refer kt bwh ni yer.

Jom...........mem-burger!



BURGER MALAYSIA
sumber: Yani of MyR

Bahan untuk roti:
*200g tepung gandum
*140ml susu/ air
*2 sdb butter/margerin
*2 1/2 sdb gula halus
*1/2 sdt garam
*2 sdt dry yeast

Inti:
- sambal ikan bilis (refer bwh untuk resipi ini)
- timun (mom tambah lettuce & sedkit carrot julienned)

minyak secukupnya untuk menggoreng


roti yang dah siap digoreng


Cara-cara
Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis




Sambal Ikan Bilis
(pada yang inginkan resipi sambal mommy)

Bhn2:
1 cwn ikan bilis (rendam dan bersihkan)
2-3 sdb cili kering kisar (tmbh jika nk lebih pedas)
*1 ulas bawang kuning (saiz besar)
*1 cm belacan
*tumbuk kedua2 ni, tak perlu terlalu lumat bawangnya
sedikit air
pes asam jawa
garam & gula secukup rasa
minyak masak secukupnya

Cara2:
Panaskan minyak dlm kuali (biasanya kalau nak masak sambal tumis, minyak agak lebih sikit.
Tumis bhn tumbuk (api sederhana). Bila naik bau masukkan serbuk cili/cili kisar (kalau terlalu kering, tmbh sedikit air).
Kemudian masukkan ikan bilis. Kacau2. Perisakan dgn garam, gula & pes asam jawa. Boleh tmbhkan air skit lagi, if kering sgt. Kacau2 lagi.
Biarkan ia masak smpai naik minyak (guna api medium) sampai masak (ia agak kering)
*untuk dapatkan rasa sambal yang pedas tp sedap, gula kna lebih sikit ye...adjust it to taste a balance between hot and a bit of sour but the sweetness is there.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment